×

Sebagai orang Malaysia tak perlulah galak sangat sewakan rumah kepada orang asing

Sebagai orang Malaysia tak perlulah galak sangat sewakan rumah kepada orang asing

Sebagai orang Malaysia tak perlulah galak sangat sewakan rumah kepada orang asing

SERDANG: Penduduk Pangsapuri Putra Permai Selesa, Seri Kembangan di sini kecewa apabila kediaman didiami sejak 30 tahun lalu kini dikuasai pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama etnik Rohingya.
Ali, 45, berkata pangsapuri empat tingkat dan mempunyai empat blok itu mula dibanjiri warga asing yang menyewa sejak 10 tahun lalu.
“Bila dah ramai (warga asing) di sini, kami pun rasa takut juga tapi nak buat macam mana rumah orang, mereka nak sewakan, tak kan nak marah orang pula.
“Harapan saya, kita sebagai orang Malaysia tak perlulah galak sangat nak sewakan rumah kepada orang asing.
“Nanti, kita juga yang tanggung akibat, jangan main-main dengan mereka, bila ramai mula besar kepala tak boleh kawal,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, malam tadi.
Menurutnya, golongan warga asing terbabit akan mula ‘aktif’ pada waktu malam hingga awal pagi dengan membuat bising seperti bersembang dan bertengkar antara suami isteri.

Katanya, pada waktu siang, mereka tidak kelihatan kerana majoritinya dipercayai bekerja di pasar borong berhampiran kawasan berkenaan.
Flet disewakan antara RM700-RM1,000 sebulan
Ali berkata, kebanyakan kediaman di pangsapuri itu disewakan kepada warga asing pada kadar antara kira-kira RM700 dan RM1,000.
“Mereka ini macam ‘kelawar’, siang duduk dalam rumah tapi malam keluar bersembang depan rumah, kadang-kadang menjerit dan bertengkar sampai saya perlu leraikan,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Amin, 31, baru sahaja berpindah ke kawasan itu setahun lalu dan baginya kebanjiran warga asing terbabit tidak mengganggu urusan harianny

Post Comment