×

Nak tanya, normal ke layan kehendak suami ikut VC?” – Pasangan PJJ…isteri rasa janggal, makin tak selesa tinggal bersama mentua

SEORANG wanita keliru dan dalam masa sama bimbang apabila diminta melayani kehendak batin suami melalui panggilan video (VC) kerana menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ).
Wanita itu mengakui situasi tersebut agak janggal kerana sebelum ini mereka tinggal bersama dan tidak pernah melakukan perkara sebegitu.
Ia berlaku selepas suaminya berpindah tempat kerja di Alor Setar, Kedah, manakala dia masih berada di Pantai Timur.
“Nak tanya, normal ke layan kehendak suami ikut VC? Rasa janggal sebab sebelum ni duduk sama tak pernah buat macam ni.
“Sekarang dah berjauhan baru tahu kaedah macam ni. Maaf jika soalan ni pelik, mohon jangan kecam ye,” katanya yang berkongsi pertanyaan itu di sebuah kumpulan komuniti di Facebook.
Tambahnya, dia kini tinggal di rumah mentua, membuatkan keadaan bertambah tidak selesa untuk membuat panggilan video.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen dengan mereka berpandangan jangan sesekali merakam perbuatan yang dilakukan dalam VC.

Post Comment