Lelaki kongsi pengalaman pakai kereta eMAS… Boleh jimat RM500 sebulan berbanding isi minyak petrol
Lelaki kongsi pengalaman pakai kereta eMAS… Boleh jimat RM500 sebulan berbanding isi minyak petrol
PENGGUNAAN kereta elektrik (EV) semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Namun sebelum teruja mahu bertukar kepada EV, ini beberapa perkara penting yang dikongsi oleh Hasrul Azuan di Facebook tentang kenderaan itu.
Hantaran dibuat berdasarkan pengalaman sebenar selepas menggunakan Proton eMAS Premium selama lebih dua bulan.
1. Tinggal di rumah landed dan bil elektrik bawah RM200 sebulan lebih berbaloi
Rumah jenis bertingkat seperti kondominium atau apartmen mungkin menyukarkan pemasangan pengecas EV.
Jika bil elektrik rumah juga tinggi, kos caj EV boleh menjadi beban.
2. Beli EV dapat rebat tunai dan pengecas wallbox percuma
Proton menawarkan rebat tunai RM4,000 serta pengecas wallbox percuma bagi pembelian EV.
Namun pemilik masih perlu bayar kos pemasangan sekitar RM1,100.
3. Caj kereta di rumah setiap dua hari sekali
Penggunaan EV untuk jarak bulanan hampir 3,900km hanya memerlukan pengecasan setiap dua hari pada waktu malam.
Bateri penuh dalam lima hingga enam jam dan siap digunakan keesokan pagi.
Post Comment