Langsung tak nampak batang hidung” – Fara Salleh Dedah Shuk Sahar Belum Jenguk Anak Baru Lahir
Langsung tak nampak batang hidung” – Fara Salleh Dedah Shuk Sahar Belum Jenguk Anak Baru Lahir
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh berkata suaminya masih belum datang menjenguk anak merek yang lahir pada 26 Jun lalu.
Memetik mStar Online, Fara berkata suaminya seolah tiada usaha untuk menghubungi keluarganya untuk bertanya khabar mereka anak-beranak.
“Langsung tak nampak batang hidung, entahlah saya sendiri tak tahu apa dalam fikiran dia. Ibu bapa saya tak pernah sekat nombor telefon dia. Nak seribu daya, kalau tak seribu dalih” katanya.
Sementara itu, Fara berkata dia sudah menjagka rumah tangga mereka akan berdepan bermasalah dan mendakwa Shuk seakan tidak suka dengan kehamilannya serta mengabaikan tanggungjawab sebagai suami.
“Saya dah jangka ini semua akan berlaku (berpisah) sebab dari awal pun dia memang macam tak suka bila saya hamil.
“Makan minum saya pun dah mula tak terjaga. Tiada perubahan ke arah kebaikan. Sebaliknya masalah rumah tangga makin besar,” katanya.
Dalam pada itu, Fara meluahkan rasa syukur mampu menguruskan sendiri anaknya serta Nada seorang anak yang baik dan tidak banyak ragam.
“Apa-apa jadi, Nada ada mommy. Setiap malam saya selalu pesan untuk anak saya untuk jadi anak yang baik. Sayalah ibu dan bapa dia. Kami hanya ada satu sama lain,” katanya.
Post Comment