Juruterbang sempat balas lambaian kanak-kanak sebelum terhempas
Juruterbang sempat balas lambaian kanak-kanak sebelum terhempas
LONDON – Juruterbang sebuah pesawat Beech B200 Super King Air sempat melambai ke arah kanak-kanak di darat sebelum terhempas di lapangan terbang, beberapa saat sejurus berlepas, lapor akhbar The Sun UK.
Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Southend, Essex, Britain melibatkan pesawat yang dilengkapi dengan sistem perubatan untuk membawa pesakit.
Namun, tidak dinyatakan sama ada ia sedang membawa pesakit dan bilangan penumpang serta kru terlibat.
Pesawat turboprop enjin berkembar itu boleh membawa kira-kira 12 orang.
Saksi berkata, mereka melihat bola api besar sebelum pukul 4 petang (waktu tempatan) sebelum menghubungi Bomba dan Penyelamat Daerah Essex.
“Kami semua melambai ke arah juruterbang-juruterbang dan mereka membalas lambaian kami sebelum berlepas.
“Kira-kira tiga atau empat saat selepas berlepas, ia mula terbang senget ke kiri. Dalam beberapa saat kemudian, muncungnya menjunam ke darat lalu terhempas,” kata John Johnson yang menyaksikan nahas itu bersama keluarganya.
Post Comment