×

Doakan Sahaja” – Yusuf Bahrin Nafi Rumah Tangga Bergolak

Doakan Sahaja” – Yusuf Bahrin Nafi Rumah Tangga Bergolak

Doakan Sahaja” – Yusuf Bahrin Nafi Rumah Tangga Bergolak

Pelakon Yusuf Bahrin akhirnya membuka mulut menafikan dakwaan rumah tangganya dengan penyanyi Zizi Kirana dikatakan bergolak.
Memetik Astro Gempak, Yusuf berkata hubunganya dengan Zizi dalam keadaan baik serta tidak mengetahui mengenai dakwaan mengenai rumah tangganya.
“Alhamdulillah, semuanya okay. Saya tidak mempunyai aplikasi Threads, jadi saya tidak tahu mengenai dakwaan tersebut.
“Tetapi setakat ini kami okay. Saya tidak nak beri reaksi apa-apa daripada kenyataan yang dibuat oleh netizen, saya hanya okay kan semua benda,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai isu unfollow di media sosial, Yusuf berkata sememangnya mereka tidak pernah mengikuti satu sama lain namun orang ramai tidak tahu.
“Saya rasa benda itu tak ada apa-apa masalah pun sebab memang anda semua baru tahu kot sebab benda ni dah lama. Saya tak pernah follow dia, dan dia tak pernah follow saya. Tak ada apa-apa pun sebenarnya. Saya tak tahu nak cakap apa sebab benda ini orang tak tahu.

“Jadi bila orang dah dapat tahu, saya nak buat apa kan? Saya okay sahaja jangan risau, insya-Allah. Doakan sahaja,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila ada yang mendakwa pasangan itu tidak lagi mengikuti Instagram masing-masing serta perkongsian Zizi di Threads menjadi perhatian.
Sumber: Astro Gempak, Rotikaya

Post Comment