Boleh Berdamai, Tapi Amy Search Kena Ubah Sikap” – Shila Amzah
Boleh Berdamai, Tapi Amy Search Kena Ubah Sikap” – Shila Amzah
Penyanyi Shila Amzah berkata dia tidak menolak jika ada jalan terbaik untuk selesai konflik antaranya dengan penyanyi lagenda, Datuk Amy Search.
Memetik mStar Online, Shila bagaimanapun berkata usaha untuk menjernihkan kembali keadaan akan berlaku jika Amy menunjukkan perubahan sikap.
“Sejujurnya saya berada di tempat yang agak sukar (untuk berdamai). Bukanlah nak kata saya ni ego tinggi dan tak mahu untuk berdamai, tidak sama sekali.
“Cuma saya nak tengok ada perubahan (daripada Amy). Seandainya ada perubahan dari segi sikap (baru boleh berdamai),” katanya.
Sementara itu, Shila bagaimanapun tiada masalah untuk kembali bekerja di atas satu pentas satu hari nanti namun akan lebih berhati-hati selepas insiden yang berlaku.
“Saya mungkin ada pasang pengawal peribadi kalau bekerja lagi dengan dia. Saya tak meletakkan apa-apa syarat supaya dia tidak kerja sekali dengan saya.
“Saya profesional dan tak pernah ada masalah dengan mana-mana pihak selama 25 tahun ini. Lagipun industri ni kecil kena pandai-pandai jaga diri,” katanya.
Post Comment